Perkhidmatan operasi Denel_AH-2_Rooivalk

Sehingga April 2005, hanya enam dari 12 buah helikopter masih beroperasi. Jumlah selebihnya memerlukan tingkat upaya ke atas perisian. Panglima Tentera Udara Afrika Selatan berharap helicopter-helikopter ini akan disiapkan sekitar Jun 2007, membayangkan bahawa "faktor masa yang diperlukan bagi projek mencapai kematangan sangat membimbangkan", kelewatan berpunca dari pemindahan keluar beramai-ramai pekerja daripada Denel selain dari masalah kewangan yang dihadapinya. Ini telah memaksa pihak tentera udara untuk mencari rakan pembangunan pertahanan lain [4].

Pada 17 Mei 2007, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Denel, Shaun Liebenberg telah mengumumkan keputusan[5] untuk menghentikan pembangunan dan membiayai Rooivalk berikutan kegagalan mereka untuk memenangi kontrak helikopter penyerang Turki[6] kepada Agusta A129 Mangusta.

Pada November 2007, Menteri Pertahanan, Mosiuoa Lekota telah mengumumkan di Parlimen bahawa Tentera Udara Afrika Selatan akan melabur R962 juta (kira-kira AS$ 137 juta berdasarkan kadar tukaran mata wang pada 2007) dalam helikopter, untuk tiga tahun sehingga 2010/2011, sebagai usaha untuk membawa semula statusnya ke operasi penuh. Helikopter ini akan diatur gerak dalam tugas-tugas menjaga keamanan sebaik sahaja ia mencapai keupayaan operasi awal.[7]